FACIAL !!
satu hobi la kot semenjak dah kerja ni , yela ade fulus boleh la pergi. time student dulu stakat ushar ushar je tempat facial ni , nak masuk segan . sbb takde duit . hihi.
semalam nad dengan ling cher (kawan sama tempat kerja) tergerak hati nak pergi buat facial . x rancang pun . lepas habis kes dekat operation theater , terus pergi usha HERBALINE . pergi dekat area selayang . (tepi selayang mall)
yes , selalunya plan yang tak dirancang memang menjadi ! sebenarnya sebelum ni nad dengan ling n kawan sekerja yg lain dah pernah pergi tanya pakej yg ada di herbaline tu.
pergi sana ingat nak buat terus , tapi time tu dah full . jadi buat appointment sebelah petang dlm kul 5.30 .
jadi lepas balik keje kiteorg terus pergi .
wahhh , layanan yang staf herbaline berikan memang berbaloi - baloi !
mula mula masuk bilik consultant , bincang pasal pakej ape yang kiteorang nak .
sambil di-consult , kiteorang diberi minum chinese tea .
nad n ling decide nak buat normal facial . price RM99 sahaja . (opsss , SAHAJA?? maklumlah semalam kan baru dapat gaji .hehe)
kiteorang pergi dgn pakai uniform sebab tak sempat dah nak balik rumah tukar baju . appointment dah deal pukul 5.30. datang pun dah tepat tepat time tu .
lepas di-consult , staf herbaline yg bernama ellie tu pun bawa nad n ling pergi buat cucian kaki . mungkin die tengok kami pakai uniform , sah sah kaki bau 'wangi' ! hihihih..
ataupun.....
memang prosedur dkt herbaline utk bagi customer mcm tu . nad tak pernah lagi pergi herbaline sebelum ni . before this nad pergi tempat lain , ada jgk yg se-eksklusif macam herbaline ni , tapi tak pernah dapat layanan macam ni. hihi.
ling cakap dia pernah pergi herbaline kat kelantan . tapi tak ade pun cuci cuci kaki bagai ~!
maybe salah satu cara utk tarik pelanggan utk pergi herbaline dorang kot.
|
berus jgn tak berus . sental jgn tak sental . hihi. |
|
oke , ling cuci kaki sampai merecik air kat nad . grr . =P |
|
nak beli lah satu kat rumah ! |
lepas kiteorang cuci kaki , pakai slipper then pergi tingkat atas . kiteorang decide nak bilik double . tak nak lah bilik single , sbb nad ni penakut . sebelum ni nad buat facial kan , org tu tinggal nad dalam bilik facial sorang sorang . time tu pakai mask . bilik dah gelap , nak buka mate tak boleh . ditambah pulak dengan lagu yg mendayu dayu . kadang kadang dengar boleh jadi seremmmm jgk. dalam otak pon dok terbayang citer citer hantu yg tengok sebelum ni. sbb tu nad nak bilik double . kalau org tu tinggalkan nad , ade ling kat sebelah .
ngade kan ? haha.
sebelum masuk bilik , ellie buka satu pot ni , dalam pot tu ade macam uncang tea..bau herba getu . die suruh kiteorang inhale n exhale bau dari pot tu 3x. tujuan untuk bagi relaks . wahhh, bagai puteri rasenye .
masuk lam bilik tu die suruh kiteorang tukar baju n pakai attire ala-ala berkemban getu .
then die suruh baring utk start facial .
memang seronok lah orang duk 'uli-uli' muke kite . nak tertidoq rasenye. hehe.
tapi serius , siap urut bahagian bahu n urutan kat sekeliling mata bagai . sebelum ni susah jgk tmpt facial yg nad pergi ada bt macam ni . yg penting , massage kat herbaline ni lain dari tempat facial yg nad pernah pergi . memang berbaloi-baloi lah RM99 yg dilaburkan tu.
memang puas hati , masa dia bg pakai mask after adegan picit-memicit sampai keluar air mata tu . selalunya kat tempat lain akan tinggal kite dalam beberapa minit sementara tunggu mask tu kering . tapi kat sini , die bagi urutan badan sampai paras pinggang lagik ! kadang-kadang geli jgk , tapi best!
kepala , leher , bahu , lengan , tangan , jari.... sume dia massage . amboihhh , sangat sewonokksss !
lame jgk lah prosedur dorang . dalam sejam setengah macam tu . sampai nad tertido kot masa tunggu mask tu kering .. penat berkerja . layan pulak lagu yg mendayu-dayu. hihi.
lepas dah siap dia urut bahagian belakang plak . dah lama dok baring atas katil tu kena plak urut belakang . aumphh , sangat best !
then kiteorang dapat ginger tea . yang ni manis sikit . n terasa halianya .
pastu die suruh tukar baju balik. keluar bilik otw nak turun tuh ellie buka satu lagi pot . pot kat sebelah pot yg mule mule tadi . kali ni ade batang serai . die rendam n mendidihkan dalam pot tu.
pastu suruh kiteorang inhale n exhale bau tu , breath 3x . same macam td , utk bg relaks .
then turun pergi bilik consultant sekali lagi . lepas tu ellie terangkan apa problem muka kita . macam nad punya muke , terlalu kering . thats why jerawat mula tumbuh . bila kulit terlampau kering , minyak muka akan naik . lama lama akan block pori pori dan akan mengakibatkan jerawat tumbuh .
oo , baru nad tahu kenapa jerawat mula berjinak-jinak tumbuh kat pipi lagi . sebab nad x pakai moisturiser . oke , fine . kena pakai moisturiser lah lepas ni .
* even kerja sebagai nurse pun nad x berapa arif bab-bab kulit . aptb . *
Ellie terangkan sambil cakap tunjuk produk herbaline . die bagi test dekat tangan . macam best je produk dorang . rasa mcm nak try , tapi nad baru beli satu set produk **** . sayang pulak kalau beli tapi tak pakai . jadi nad nak pakai dulu yg mana ada , nanti next appointment dgn herbaline , nak try pulak beli produk dorang .
macam emak n kakak nad , dorang pergi jgk herbaline . patut mak cerita hari tu , best pergi facial kat herbaline . n patutlah kat lam bilik kakak penuh dengan produk herbaline jgk . kakak ade suggest pergi buat facial kat herbaline hari tu . die suruh nad buat kat kuantan , RM39. mungkin promotion sebab kedai kat sana baru je beroperasi. hari tu nad tak perasan kat tepi selayang mall tu ada sebuah . nasib baik ling bagitahu .
sekarang until 15 november ni ada promotion tau . register sebagai member secara percuma di
REGISTER HERBALINE , then kalau nak purchase produk herbaline kita akan dapat 5% diskaun .
kalau kawan kawan berminat nak try facial dkt herbaline jgk nad suggestkan . best .
banyak lagi pakej yg lain selain daripada facial . korang boleh try pergi usha dkt herbaline yg berdekatan .
memang berbaloi kalau nak manjakan diri sebulan sekali kat herbaline . ceh , promot pulak . tak de dapat diskaun pun kalau nad suruh pergi sana . tapi saja nak suggest kat korang . sharing is caring kan?
lepas buat bayaran , Ellie ajak pergi buat fish theraphy secara FOC. ling taknak buat sbb dia geli, dia tengok je . nad pulak mcm biasa lah , suka nak try . sebelum ni tengok kat giant orang rendam kaki dalam tab yg byk ikan tu tapi tak pernah cuba.
nad tak rendam kesemua kaki . try letak sikit sikit je nak rasa macam mane . memang geli lah ikan tu duk sedut sedut kulit kita. seram pon hader sebab ikan tu datang segerombolan serang kaki kita . macam piranha dah ~!
memang seronok . next time nak pergi lagi . lagipun layanan staf kat situ sangat bagus .
tak sia - sia melayang RM99.
boleh pergi try herbaline kalau kawan kawan berminat . =)
p/s : ingat nak letak pic muka , tapi still merah. so x jadilah !