kebetulan aku tengah 'tanam anggur' kat rumah,jadi ade mase la nak pergi sane-sini kan..
jd aku start citer oke? hehe..
secara tak di plan jumaat yg lepas , aku dan family singgah la di kuala gandah..
bagi orang pahang korang tau tak kuala gandah ni kat mana?
kalau tak tahu, amek cotton bud pukul kat kepala banyak2 kali !
sebenarnya ade sedikit urusan kat Bentong , semua hal selesai dalam tengahari..
banyak lagi masa yg tertinggal , tak kan nak terus balik je kot..
jadi terus plan nak pergi tengok gajah kat kuala gandah ..
yang nak jadi ceritanyerr, dress up aku n sis aku tak ikot kesesuaian langsung.
macam nak pergi shopping mall aje..
sebenarnya plan nak pergi sini lame dah..dari last year lagi..tapi masing2 bz la , kerje la dan banyak lagi la alasannya..
so,otw balik pergi lah singgah kejap..x lah kempunan nanti..
aku tak mau cakap banyak , nanti korang tak bace ..
jadi aku tunjuk jela beberapa gambar yang dah diambil kat sana..
pada sesiapa yang berminat nak berkunjung , korang boleh search kat google aje..cari kuala gandah then ade la yg dia explain lebih2 kat situ..
xpun korang klik kat sini--> PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH,PAHANG.
plizz jgn komen pasal aku yg dah semakin ++ |
kalau x takut boleh bagi makanan ikut mulut.. |
yeah..sewonoknyer dpt mandiiiiiii.. |
tengok gajah mandi ke tgok abang tu mandi?? haha.. (act,tgok abg tu je) =P |
get ready nak buat show... |
gajah ni nama yen . umur 37thn..gajah yg diambil dari myanmar.. |
yg ni timo..baru 16 tahun. |
yang ni mawar.. umur 17 tahun.. |
demo camne gajah tido .. comel kan?? |
x nak lepaskan peluan utk manje2 dgn gajah.. haha..(tgok abg tu kat atas) |
kebetulan ade student dari UNISZA datang jugak ..(semua baju biru tu) |
kebanyakan gajah yang ada kat sanctuary ni adalah gajah liar , yang tercedera dan 'anak yatim piatu' .kesian kan??
jadi pihak sanctuary ambil pastu pelihara untuk satu tempoh tertentu..bila gajah tu dah besar dan sihat , dorang akan lepaskan balik kat hutan simpan.. jadi gajah-gajah ni boleh hidup dan survive sendiri ..
kalau korang nak tahu , kat sini ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama gajah.
contohnya,
- bagi gajah makan . jadi korang boleh lakukan adegan suap-menyuap dgn gajah ni.. tak kesah la ikot mulut die atau belalainya.. jangan risau,sebab gajah2 kat sini semua mesra ..
- mandi bersama gajah . korang bole mandikan gajah2 di sungai . best tau tengok gajah mandi.. time ni boleh la tolong cuci badan gajah tu .. gajah confirm suke !
- menunggang gajah . aktiviti ni lagi best . bukan kuda je kita boleh tunggang , gajah pon boleh .. tp kalau korang nak tunggang , pilih gajah yang besar skali . baru best ..
- selain tu , ade pertunjukkan dari gajah2 ni .. macam mana gajah minum , tidur dan sebagainya .untuk pengetahuan semua , gajah2 kat sini dah dilatih n bijak2 blake .
contoh macam yang ni..
sticker yg warna merah ni hanya untuk tujuan lawatan. tak boleh buat aktiviti memandikan dan menunggang gajah. jadi boleh bg makan je.. kebetulan aku tak pakai pakaian yg sesuai,so tak boleh buat aktiviti lain selain drpd bg mkn aje..next time nak datang lagi, jd boleh memandikan dan menunggang gajah lak.
ada satu lagi pas..warna kuning , yang tu boleh buat semua aktiviti dgn gajah ni....jd korang pilih la oke.. =)
jadi , pada sesiapa yang suka tempat2 macam ni korang boleh la try pergi .. kalau ikut highway pantai timur , korang exit kat raub then 12km je lagi Sanctuary gajah kuala gandah . jangan risau, tak kan sesat , ade signboard . tak susah pon .. =)
* saja nak promote . jalan-jalan time 'tanam anggur' la katekan..
^_^
1 comment:
bestnya jalan2..:)
p/s: header tu kalau transparent cantik sangat..:)
Post a Comment